Tiga Budak Hitam

Posted on April 18, 2008. Filed under: Anonymous |

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka keheranan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak- bahak lalu berkata ” Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 100 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan memberikan 3 permintaan siapa yang membebaskan aku dari botol ini. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu”

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, ” Pintalah!” Budak hitam pertama pun berkata . “Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan lebih gagah” Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun
menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,”Pintalah! “.

Budak hitam kedua pun berkata .” Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan gagah, lebih putih dan gagah daripada budak yang pertama”. Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan gagah lebih dari pada budak yang pertama. Jin pun berkata kepada budak hitam ketiga, “Pintalah!”. Budak hitam ketiga pun berkata
.”Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan gagah, lebih putih dan gagah daripada budak yang pertama dan kedua”.

Jin pun berkata. ” Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain…” Budak hitam ketiga keheranan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata ” Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu” Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.

Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri.


Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Recently on Cerita Dongeng Penglipur Lara...

Lamb to the Slaughter

Posted on October 19, 2007. Filed under: Gothic, Murder, Roald Dahl, Short Stories, Thriller |

The Thousand-And-Second Tale of Scheherazade

Posted on October 19, 2007. Filed under: Edgar Allan Poe |

One of These Days

Posted on October 19, 2007. Filed under: Gabriel Garcia Marquez |

Lamb to the Slaughter

Posted on October 18, 2007. Filed under: Murder, Roald Dahl, Short Stories, Thriller |

Eyes of a Blue Dog

Posted on October 17, 2007. Filed under: Fantasy, Gabriel Garcia Marquez, Romance, Short Stories |

Politics and the English Language

Posted on October 16, 2007. Filed under: Comedy, George Orwell, Short Stories |

Moonlight

Posted on October 16, 2007. Filed under: Guy de Maupassant, Romance, Short Stories |

The Necklace

Posted on October 14, 2007. Filed under: Guy de Maupassant |

Man From the South

Posted on October 12, 2007. Filed under: Roald Dahl |

The Masque of the Red Death

Posted on September 19, 2007. Filed under: Edgar Allan Poe |

    About

    Collection of tall tales by a short storyteller

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • The latest comments to all posts in RSS
    • Subscribe in Rojo

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...